loader image

Laporan Prestasi Tahunan 2019

Jabatan Pendaftar

Kolej Universiti Islam Perlis

KRA 1

PERLESENAN INSTITUSI

Memastikan kelangsungan perniagaan KUIPs dan lesen pendidikan dalam tempoh sah laku untuk kegunaan IPTS. Tertumpu kepada tiga (3) sub keberhasilan utama iaitu:

i) Pembaharuan Perakuan Pendaftaran IPTS : 05 April 2019 – 4 April 2024
ii) Pembaharuan Pengambilan Pelajar Antarabangsa : 20 Ogos 2019 – 19 Ogos 2020
iii) Pengemaskinian Perakuan Pendaftaran IPTS: mengikut “cut of date” ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sub Keberhasilan Utama 1:
Governan: Pematuhan Syarat Kelulusan Penubuhan IPTS Bertaraf Kolej Universiti

SKU-1

Sehingga 30 November 2019, indikator pencapaian adalah sebanyak 40% memenuhi syarat minima ditetapkan bagi kumpulan pengurusan tertinggi terdiri berkelulusan PhD dan berpengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam menguruskan IPTS. Peratusan ini dijangka dipertingkatkan lagi bagi tahun 2020.

Indikator Phd

Manakala bagi KRA 2, peratusan bagi peningkatan bilangan ahli akademik berkelayakan PhD dan Sarjana menunjukkan peningkatan sebanyak 26.4 % dan 67.5% melebihi syarat kelulusan penubuhan ditetapkan oleh KPM.

Indikator Sarjana

KRA 2

KURSUS PENGAJIAN DIIKTIRAF OLEH MQA DAN JPT (PEMATUHAN KELULUSAN PENUBUHAN IPTS BERTARAF KOLEJ UNIVERSITI DAN KRITERIA NAIK TARAF UNIVERSITI)

Indikator Program Pengajian

Ulasan / Perincian:

i. Sehingga tahun 2018, sebanyak enam (6) program pengajian telah mendapat pengiktirafan Akreditasi Penuh (FA) iaitu (2) peringkat Sijil (Asasi Mualamah, Asasi Pengajian Islam), (3) peringkat Diploma (Diploma Perbankan Islam, Diploma Syariah, Diploma Pengajian Islam) dan (1) peringkat Ijazah (Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (Kep.).

ii. Selaras Syarat-Syarat Pematuhan oleh Agensi Kawal Selia, terdapat dua (2) program peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam proses permohonan semula Akreditasi Penuh iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kep.) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) (Kep) dan satu (1) program peringkat pengajian Diploma Diploma Pengurusan Harta Islam oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

iii. Selaras Syarat-syarat Pematuhan IPTS bertaras Kolej Univeraiti, KUIPs perlu memastikan sekurang-kurangnya 10% program ditawarkan peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan sekurang-kurangnya 15% peringkat Sarjana ditawarkan. Sehingga tahun 2019, tiada program peringkat pasca ijazah ditawarkan di KUIPs.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERJAWATAN

PSM-Perjawatan

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah meluluskan sebanyak 143 jawatan sehingga 31 Disember 2019 merangkumi enam (6) jawatan pengurusan tertinggi, 53 jawatan bagi kumpulan akademik, 29 jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan 56 jawatan bagi kumpulan pelakasana.

PENGISIAN MENGIKUT JAWATAN SECARA TETAP, KONTRAK DAN LAIN-LAIN MENGIKUT KUMPULAN PERKHIDMATAN PADA TAHUN 2019

Kedudukan Pengisian Perjawatan
Statistik ikut taraf lantikan jawatan

Pada tempoh berakhir 31 Disember 2019, pengisian jawatan berjumlah 143 merangkumi perjawatan secara kontrak, tetap dan pinjaman. Berdasarkan data berkenaan, sebanyak 24 jawatan atau 16.8% telah diisi secara tetap.

PENSYARAH BERKELULUSAN DOKTOR FALSAFAH (PhD)

Tertakluk kepada Syarat-syarat penubuhan IPTS menetapkan bahawa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu mempunyai sekurang-kurangnya 15% tenaga pengajar berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengajian yang diluluskan oleh KPT.
Sehingga Disember 2019, bilangan Pensyarah berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) mencatatkan peningkatan pada tahun 2019 sebanyak 26.4% iaitu seramai 14 orang pensyarah yang mempunyai kelulusan PhD berbanding tahun 2018.

Statistik Pensyarah Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Mengikut Fakulti

STATISTIK STAF BUKAN WARGANEGARA DI KUIPs MENGIKUT NEGARA ASAL

Statistik Staf Bukan Warganegara Di KUIPs Mengikut Negara Asal

STAF CUTI BELAJAR DIBAWAH SKIM LATIHAN AKADEMIK BIASISWA KURSI JAMALULLAIL

Bagi peningkatan kerjaya staf akademik, sehingga 31 Disember 2019 KUIPs melalui kolaborasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan Skim Latihan Akademik untuk staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dibawah Biasiswa Kursi Jamalullail, sehingga Diember 2019 seramai dua (2) orang staf akademik telah menerima tajaan dibawah skim berkenaan untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah.

STATISTIK CUTI BELAJAR SEHINGGA DISEMBER 2019

Statistik Cuti Belajar Disember 2019

Pembukaan Skim Latihan Akademik dibawah Kursi Jamalullail mulai dilaksanakan pada Februari 2019. Sebanyak dua (2) kali hebahan dan pengiklanan telah dikeluarkan dibawah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pendaftar pada Januari dan Jun 2019.
Sebanyak dua (2) staf akademik telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dibawah Kursi Jamalullail. MAIPs di Universiti Islam Antarabangsa. Akan memulakan pengajian pada Sesi Februari 2020.
Jadual dibawah memperincikan statistik cuti belajar staf dalam pengajian mengikut fakulti sehingga 31 Disember 2019.

BILANGAN PERATUSAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL DI SETIAP FAKULTI / PTJ

Penambahbaikan ke atas dasar dan garis panduan bagi kelayakan pendaftaran Keahlian Badan Profesional di Fakulti / PTj telah ditambahbaik dan dipertingkatkan bagi mencapai indicator penarafan Institusi ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Data ini akan dikumpul melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pendaftar mulai tahun 2020.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan Profesionalisme Dan Kompetensi

Staf Lanjut Pengajian
Peratusan Staf Lanjut Pengajian

Sehingga Disember 2019, sebanyak enam (6) orang staf akademik memohon untuk melanjut pengajian PhD, sebanyak dua (2) orang dibawah Skim Latihan Akademik Kursi Jamaullail dan empat orang dibawah Skim Latihan Akademik (Sambilan / Pengajian Jarak Jauh).

Latihan dan Pembangunan Staf

Kursus Staf 2
Kursus Staf 1

Bagi pencapaian tahun 2019, sebanyak 18 kursus secara dalaman (in house training) dan 56 kursus merupakan kursus anjuran agensi luar yang telah dihadiri oleh staf.

Staf Menghadiri Latihan Melebihi 40 Jam Setahun

Staf Hadir 40jam latihan

Jumlah staf menghadiri latihan melebihi 40 jam setahun, menunjukan peningkatan sebanyak 47% berbanding sasaran asal sebanyak 30%. Walaubagaimanapun, indikator dan sasaran ini perlu dipertingkat lagi dalam usaha meningkatkan kompetensi dan kemahiran staf di KUIPs.

Levi Penggunaan Geran PSMB sekurang-kurangnya 20% setiap tahun

Pencapaian bagi tahun 2019, menunjukkan peningkatan dalam penggunaan levi geran PSMB sebanyak 24.21% dengan baki semasa geran PSMB KUIPs sebanyak RM84,525.20. Bagi tahun 2019, sebanyak 56 latihan / kursus luar telah dihadiri oleh staf menggunakan peruntukkan geran dibawah Panel Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Baki peruntukan semasa adalah seperti berikut:

Levi penggunaan Geran

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

Mensejahterakan Pihak Berkepentingan

Bagi pencapaian tahun 2019, sebanyak lima (5) perkhidmatan utama Jabatan Pendaftar telah Berjaya diautomasikan melalui penggunaan sistem secara atasl talian bagi mengurangkan masa menunggu dan mengurangkan penggunaan kertas (paperless).

5 Perkhidmatan Jabatan Pendaftar

Sepanjang tahun 2019, sebanyak lima (5) perkhidmatan utama melibatkan skop fungsi dan tanggunjawab Jabatan Pendaftar telah berjaya diautomasikan secara atas talian bagi mengurangkan penggunaan sumber guna tenaga dan mengurang penggunaan kertas. Walau bagai terdapat beberapa lagi sistem bagi skop perkhidmatan penting masih lagi diteruskan bagi tahun 2020 termasuk:

i. Sistem Penilaian Laporan Prestasi Tahunan (LNPT) & Sistem Merit Demerit
ii. Sistem Permohonan Kenaikan Pangkat Pensyarah (Amanah Tugas Pensyarah)
iii. Sistem Kemudahan Cuti Belajar Staf

Scroll to Top