Frequently Ask Question
FAQs

Frequently Asked Questions
Permit Mengajar
Adakah saya perlu memohon Permit Mengajar untuk mengajar di mana-mana IPTS?
Mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), (1) Seseorang hendaklah mendapatkan permit mengajar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebelum dia boleh dibenarkan mengajar di mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta.
Berapakah tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan baharu Permit Mengajar?
Kini Sistem EIPTS telah dinaik taraf ke versi 2.0, permohonan dalam sistem baru ini akan mengambil sedikit masa berbanding sistem sebelum ini. Hal ini adalah kerana sistem yang belum stabil sepenuhnya. Sekiranya tiada masalah sistem untuk setiap permohonan, tempoh yang diambil untuk semakan dan kelulusan adalah dalam 1 hingga 2 minggu. Namun, jika terdapat masalah pada sistem semasa semakan dan kelulusan ia akan ambil masa lebih lama daripada masa yang sepatutnya. Maaf di atas sebarang kesulitan.
Saya terlupa katalaluan ke Sistem EIPTS, apa perlu saya lakukan?
Jika pengguna terlupa Kata Laluan, pengguna akan memilih pilihan “Lupa Kata Laluan.”
Sistem akan memaparkan skrin Lupa Kata Laluan.
- Pengguna akan mengisi maklumat ID Pengguna atau Username.
- Pengguna memilih butang Hantar selepas mengisi maklumat. Sistem akan memaparkan mesej Pautan Set Semula Kata Laluan Telah Dihantar ke E-mel. Pengguna akan menyemak peti masuk e-mel untuk meneruskan tindakan set semula Kata Laluan.

